Saturday, 8 September 2012

Assalamualaikum (:


Dulu waktu kecik kecik datang rumah orang je salam tak kira lelaki ke perempuan sebab dah diajar untuk bersalam setiap kali berjumpa dengan orang yang lebih tua .
 but one day suddenly my mom says "Kalau lelaki tak payah salam" . I was like 'err
 kenapa pula ?' sebab selama ni main redah je langgar semua trafficlight salam je if nampak sesiapa .
"but now i know kenapa tak boleh . haha K how lame i am ~
But atleast tahu daripada tak tahu langsung . betul tak ? :)

Pandangan Para Ulama Bermazhab Syafi’ie :
Imam an-Nawawi rahimahullah berkata:
أن كلام الأجنبية يباح سماعه عند الحاجة وأن صوتها ليس بعورة وأنه لايلمس بشرة الأجنبية من غير ضرورة كتطبب وقصد وحجامة وقلع ضرس وكحل عين ونحوها مما لا توجد امرأة تفعله جاز للرجل الأجنبى فعله للضرورة وفى قط خمس لغات
Perkataan (suara) wanita ajnabiyah boleh kita dengari di ketika ada keperluan dan suaranya tidak termasuk aurat, menyentuh kulit wanita ajnabiyah tidak dibolehkan tanpa adanya alasan darurat seperti sebab perubatan, pendarahan, bekam, mencabut gigi, dan seumpamanya, di mana tiada wanita yang sanggup melakukannya. Lelaki yang bukan mahram dibenarkan melakukannya disebabkan alasan darurat tertentu. (Imam an-Nawawi, Syarah Shohih Muslim, 13/10) Beliau juga berkata:
حيث حرم النظر حرم المس بطريق الأولى لأنه أبلغ لذة فيحرم
Terjemahan: Disebabkan melihat wanita yang bukan mahram itu diharamkan, sudah tentu menyentuh kulitnya lebih diharamkan lagi. Ini adalah kerana menyentuh lebih mudah membangkitkan syahwat. (Imam an-Nawawi, Raudhatut Tholibin wa ‘Umdatul Muftiin, 7/27) Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah berkata tentang hadis pembai’atan para wanita kepada Rasulullah tanpa bersalaman:
ومنع لمس بشرة الأجنبية من غير ضرورة لذلك
Hadis tersebut mengandungi penjelasan larangan menyentuh wanita ajnabiyah (yang bukan mahram) tanpa adanya alasan darurat untuk menyentuhnya. (al-Hafiz Ibnu Hajar, Fathul Bari, 13/204)

Wallahu ‘alam…

-Farah-