Tuesday, 25 December 2012

Durian Crepe

Mata 100% tengah fokus tengok Home Alone 3 . Gaya macam orang tak pernah tengok je *padahal dah berapa ratus kali dah tengok* tiba-tiba...

"Nah !" Haishh potong stim betul la adik aku ni .

"Apa ni ?" aku bertanya tapi mata masih menghadap television yang terlebih nipis macam papan tu .

Soalanku dibiar sepi . Tuan punya dah hilang entah kemana . Sejak bila tah adik aku ni jadi bisu . Bila iklan baru aku tengok apa benda yang dihulur tadi .

Aku mengerutkan dahiku yang licin . Apa benda ni ? Then aku baca la dekat depan bekas tu 'Durian Crepe'
Eh jap macam pernah dengar je . OHHHHHHHHHHH DURIAN CREPEEEEE !

Selama ni tak pernah tahu macam mana bentuk dia , selalu dengar orang cakap je . Dekat twitter pun orang sibuk tulis 'Yayy Durian Crepe' "Sedapnya Duria Crepe' aku yang baca ni ada tanda soal atas kepala , apa durian kerepek ? nama baru keropok durian ke ? lewls ~

                                  

Akhirnya dapat juga merasa makanan yang tengah femes ni . Kira tak ada la aku ni cam ketinggalan sangat kan ? :P Not bad lah , rasa lemak-lemak santan , creamy and of course Durian ! Hehehe rasa macam ice cream pun ada gak sebab dia smooth je . Ni kalau makan time-time panas terik ni mesti sedapp ! :3 Orang yang hantu durian memang rugi la kalau tak rasa .

Yang tak pernah rasa tu , jangan lupa rasa la eh ? Jangan nanti menyesal separuh hidup . K tu tipu je . Malas nak beli , buat je la sendiri . Google je resepi dia . GoodLuck !






Farah xx