Wednesday, 16 January 2013

Senior

                  



Two weeks being form 5 student . It was....tiring . Sekolah sampai pukul 2 then balik ada tusyen bagai . Ni bukan merungut k , cuma mengadu jew . Takpe farah takpe , ingat SPM tak lama je pun lagi , you just need to struggle and perform the best for your result . And oh yeah 292 days till SijilPelajaranMalaysia . Mannn , sekejap je lagi and it really really freak me out . Pengsan 10 minit . Lol .

Last Saturday , 13th of January . Mensyuarat agung persatuan telah diadakan . Memandangkan tahun ni , jadi senior and of course kalau boleh nak dapat jawatan , untuk markah koko . Malang tidak berbau , i woke up late . 7.45 baru nak mandi . Lewls senior la katakan *mata juling* hahaha sampai sekolah dapat ceramah free dengan Nadhirah , but tak pernah terkesan dalam hati pun , I even said like this "Alah sekali sekala biar la awak jadi penunggu asyik kena je yang kena tunggu" but she still tak puas hati so aku cakap lah , "Eh baru sekali kot kita datang lambat , nak kita list ke berapa banyak awak datang lambat dan kita kena tunggu ?" Ahaaa diam terus mokcik tu ! 

Sampai dekat makmal fizik , dengan muka penuh selamba masuk duduk dekat meja tepi paling depan . HAHAHA MUKA TAK ADA RASA BERSALAH LANGSUNG cause i can u.u . Time tu Amir lukman , Pengurusi kesayangan BSMM tengah cakap pasal apa tah , dan bermula lah perlantikan bagai . At first memang tak terfikir pun nak jawatan dekat BSMM because to me banyak lagi yang layak dapat jawatan as i just entered this unit last year . 

Suddenlyy , ada orang sebut nama aku , and i was likee whattdaaaaaaa.... hahaha terkejut + blur . Dah la tengah khusyuk bersembang dengan Nadhirah time tu , tiba tiba ada orang sebut nama aku sebagai calon N.Bendahari . Pucat habislah kan time tu . Aku cakap kat najwa aku tak nak jadi , memang keputusan aku dah muktamad , tak nak jawatan tu . Ahaa memang time tu aku fikir cara supaya nama aku kena potong je . 

Aku pergi depan aku cakap dekat najwa yang aku tak nak , then najwa tanya Amir , pengurusi kesayangan . Aku memang berkeras gila tak nak . walaupun hanya calon je belum tentu dapat , kalau dapat macam mana? Lepas aku cakap kat diorang semua last diorang cancel nama aku . Lega gila time tu . Diana , junior form 3 pula tak habis habis tanya kenapa aku tak nak jadi . 

Aku tak nak jadi sebab , korang tahu tak betapa susahnya jadi bendahari . Sekarang ni pun aku jadi bendahari kelas . KUTIP DUIT KELAS PUN PRESSURE GILA dengan orang yang tak nak bayar lagi ni lagi mau jadi P.Bendahari . Boleh jadi gila tahu ? So the end , Abilla jadi P.Bendahari . Sebenarnya rasa menyesal jugak la , KENAPA AKU SURUH DIORANG CANCEL NAMA AKU ? hahaha padahal awal awal kau kata kau nak jawatan , sekali orang calon kan nama kau , kau tak nak . 50% menyesal 50% tak . Terlajak perahu boleh diundur , terlajak kata jangan harap . Lol . Lek farah lek , jadi bendahari susah kot ! (ayat nak sedapkan hati)

But after that meeting for sukan dan permainan , i decided to enter Pingpong . Dari form 1 sampai form 4 asyik badminton je tapi tak pernah aktif plus , badminton club is too crowded . Sangat . Tunggu punya tunggu cikgu pun sampai , bermula lah sesi perlantikan bagai , First cikgu pilih Pengurusi . Then Naib Pengurusi cikgu tanya ada calon tak ? Murtaza , one of my classmate sebut nama aku . Peh ! kena lagi ! hahaha pucat lagi muka aku time tu , nak tak nak aku pergi juga depan . Time tu ada 4 orang , Yasmin , Nadhirah , aku and , Ainina . 

Time tu aku memang cakap dalam hati , ni mesti tak dapat punya , Ainina banyak pengaruh kot ! confirm dia dapat . Aku pandang Bainatul , Najwa . Diorang bagi kata semangat kan aku , 'amik je jawatan tu' dan aku pulak tak yakin . But Unexpected ! Syukur alhamdulillah , aku terpilih jadi Naib Pengurusi . Ya allah , walaupun aku tolak jadi P.Bendahari , aku still terpilih dapat jawatan lain . Nadhirah pulak dapat jadi Bendahari . Tengoklah percaturan Allah , sangat adil kan ? :') 

Dan perjumpaan terakhir , Kelab Kebajikan . Dalam hati aku dah set , biarlah orang lain yang dapat jawatan , atleast aku ada dua jawatan dah . So bla bla bla Bainatul dapat jadi Setiausaha which she really want to . Asal kau bahagia udoh le . Agak lama la jugak perlantikan di buat . Aku pandan white board , dekat bawah sekali ada 'juruaudit' aku pelik jap . Juruaudit pun kena ada ke ? 

"Juruaudit ni cikgu kalau boleh nak yang amik Akaun" Cikgu pulak tiba tiba tunjuk aku , aku cam ehh ? mana pulak cikgu tahu aku amik akaun ni ? Cikgu suruh aku dengan Nadhirah bangun datang depan . Mula-mula ingat cikgu nak kitaorang dua yang jadi sekali buat undian . K . Aku tak yakin aku akan dapat (Keyakinan diri yang sungguh rendah -.-) But , again Alhamdulillah aku terpilih instead of Nadhirah . Yayy i got 3 out of 5 . Hee tapi still kena selalu dapat perjumpaan . Apa guna ada jawatan kalau tak jalankan tugas kan ? 

Aku terfikir , kenapa lah tak dari tahun lepas aku rebut jawatan ? Haihh hahaha , oh well , past is past . Adioss !